Friday, November 19, 2010

Salam Aidil Adha 1431H

Salam Teman2...Mudah2an sentiasa berada dalam Rahmat Allah..sedar tak sedar kita berada hari ketiga hari raya Aidil Adha..Bagaimana penghayatan Korban yang tersirat disebalik bulan Zulhijjah ini..?Moga2 ada natijah yang terbaik dalam jiwa dan diri kita sebagai HambaNya..Berkorbanlah..selagi adalah nilai kehidupan bagi kita..

Monday, October 18, 2010

Bilakah Doaku akan dimakbulkan??


Kesuntukan masa dan kesibukkan dalam memenuhi Jemputan Ceramah..tidak mengizinkan untuk update blog ni...Alhamdulillah mlm ni..Allah atur kesempatan ini..Renungan kali ini tentang doa..bagaimana kita memahami konsep doa?berapa kali kita berdoa?dan..setiap kali kita berdoa..kita akan mengharapkan apa yang dipohon disebalik doa yang dilafazkan dimustajabkan dan diperkenankan oleh Allah s.w.t..Persoalan penting yang timbul adalah Bilakah Doa kita akan dimakbulkan?

Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon,atau ia menolak denagn musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)

Saturday, September 25, 2010

Nilai Kehidupan


Alhamdulillah...Allah masih beri nikmat kehidupan pada diri ini..Moga ada nilai yang terbaik dari nilai kehidupan ini..setiap degupan jantung yang berdegup..nadi yang berdenyut ada nilai dan nikmat yang perlu dihargai dan disyukuri..ianya terlalu bernilai dan berharga..Ya Allah Berilah kekuatan pada diri ini utk mensyukuri segala nikmatmu Ya Allah..

Monday, September 13, 2010

Ukhwah aturan Allah





Alhamdulillah pada 3 Syawal jam 11.30pg Allah aturkan majlis pertunangan Adinda saya Zakiyah Bt Suarin dengan pilihan hatinya...Majlis ini berlangsung dengan baik biiznillah..Allah atur yang terbaik..dengan majlis ini..Allah atur pertemuan 2 Keluarga..Alhamdulillah..nampak kemesraan terjalin..Pertunangan yang terjalin moga2 membawa ke ikatan pernikahan InsyaAllah..Pertunangan yang terjalin adalah tempoh perkenalan sebelum pertalian pernikahan..dan bukan sebenarnya tiket mengesahkan perhubungan yang halal..masih berada dalam batasan perhubungan sehingga ke ikatan pernikahan..Moga Allah atur yang terbaik untuk adindaku..amin..

Thursday, September 9, 2010

Nilai Diri di Syawal(Salam Aidilfitri 1431H)


Syoknya merasai Aidilfitri bila Ramadhan dihayati dan dirasai dengan sebaiknya..Nilai Aidilfitri yang dirasai seolah-olah Hadiah dari Allah untuk HambaNya yang dapat mengharungi tarbiah atau ujian Ramadhan dengan sebaiknya.Jadikanlah Tarbiah Ramadhan ini sebagai natijah yang terbaik untuk membentuk sakhsiah dan peribadi di luar Ramadhan dengan baik.Dalam Ramadhan Hawa Nafsu dapat dipandu,Moga di luar Ramadhan Nafsu lebih dapat dipandu.Andai Nafsu makin meliar sia-sia segala tarbiah dan amalan di bulan Ramadhan.
Sabda Nabi SAW :”Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan dalam rangka mencari pahala di sisi Allah SWT,maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu.”
Apa yang lebih penting kita akan menjadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk menjadi insan yang lebih beramal soleh kepada tuhanNya (Allah SWT)
Jadikan Syawal ini benar-benar hari meraikan apa yang digambarkan di sebalik Ramadhan,Hari Kejayaan dan Hari Kemenangan. Hiasilah dengan sebaik-baik amalan berdasarkan amalan Rasullallah SAW dan para sahabatnya.
“Nabi SAW apabila pergi untuk solat Hari Raya,maka baginda menyalahi jalan (pergi dan balik mengikut jalan yang berbeza)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Rasullallah SAW bersabda:”Nabi memerintahkan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.”
Rasullallah SAW bersabda:”Sesiapa yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan dan enam hari selepas hari raya,ia telah menyempurnakan puasa sepanjang tahun.Ini kerana sesiapa yang mengerjakan kebaikan,ia kan mendapat ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda.”
(Hadis Riwayat An-Nasai)

Monday, September 6, 2010

Nilai Akhir Ramadhan

Salam Akhir Ramadhan..Marilah sama2 merebut nilai akhir dan sisa2 Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi dengan sebaik2nya..Jangan biarkan sisa2 yang tinggal berlalu dengan sia2..Kerana Natijah yang terbaik adalah di saat akhir itulah sebenarnya..Bagaimana kita memanfaatkannya..Andai ini Ramadhan yang terakhir..tinggalkanlah natijah yang sebaik2nya..Ia hanya sekali belum tentu datang lagi.."Ya Allah,Berilah kekuatan buat diri ini dan sekelian Ummat Islam untuk beribadah dan beramal soleh di sisa2 Ramadhan ini dengan sebaiknya Ya Allah..Jangan biarkan kami alpa dan leka..tanpa memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya"."Jadilah Hamba Allah..Jangan Jadi Hamba Ramadhan".Agar natijah dari Ramadhan berterusan walau di luar Ramadhan..Wa Allahu A'lam..

Friday, September 3, 2010

Ihya' Ramadhan (Malam Merdeka)


Malam merdeka yang lalu(bersamaan 20 Ramadhan malam 21 Ramadhan 1431H)..Allah aturkan diri ini bersama program Ihya' Ramadhan SMK Sek.24(2) Shah Alam di Kalumpang Traning Center di Kuala Kubu Bharu..Alhamdulillah..pengalaman baru dalam bulan Ramadhan di Kalumpang Resort..suasana aman,tenang dan damai..Solat Tarawikh dan Motivasi Ramadhan bersama sebahagian pelajar yang terpilih untuk program ini..Suasana yang aman dengan dingin cuaca malam..membawa sentuhan yang amat mendalam buat jiwa yang kadang alpa dan lalai..Alhamdulillah..Moga kesedaran berterusan InsyaAllah..

Monday, August 30, 2010

Sayu Rasa Hati


Sayu dan hiba rasa hati bila merasai Ramadhan berada di penghujungnya.Adakah diantara kita sibuk beribadah malam yang terakhir Ramadhan atau sibuk membuat persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri.Alangkah rugi di saat akhir Ramadhan ini tidak di manfaatkan sebaiknya,kerana di akhir Ramadhan inilah tersirat manisnya ibadah andai dapat merasai malam Lailatul Qadr seperti yang dijanjikan oleh Allah dan Rasullallah SAW.
Allah SWT Berfirman :”Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan (al-Quran) pada malam Al-Qadr.Adakah kamu tahu (wahai Muhammad)apakah malam Al-Qadr itu?Malam Al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan. (Surah Al-Qadr 1-3)
Rasullallah SAW bersabda: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan)datang kepada kamu,dalamnya ada satu malam.Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan seribu bulan.Sesiapa yang kehilangan malam itu,sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan.Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu,kecuali orang yang diharamkan(tidak mendapat petunjuk)daripada Allah SWT.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)Sedarilah dan rebutlah nilai ibadah di akhir Ramadhan..Andai ini Ramadhan yang terakhir..

Friday, August 27, 2010

Nikmat Nuzul Quran



Salam Nuzul Quran..
Sabda Nabi SAW:
“Puasa dan Al-Qur‟an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, „Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa „at untuknya.‟ Sedangkan Al-Qur‟an akan berkata, „Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. „Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
Nikmat Turunnya Al-Quran adalah nikmat yang paling mahal nilainya dan tidak ternilai harganya.Tidak ada harta yang dapat melebihi kemuliaan dan keutamaannya.Bacalah ia,selami makna dan kandunganya,laksanakanlah isi kandungannya.
Sabda Nabi SAW:”Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran bagaikan buah limau
yang baunya harum dan sedap rasanya.Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran bagaikan kurma,rasanya sedap dan tidak berbau.Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit.Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran bagaikan buah hanzolah
yang tidak berbau dan pahit rasanya.(Muttafaq A’laihi)
Ya Allah..Ya Tuhan kami..Rahmatilah dan muliakanlah kami dengan Al-Quran..Suluhilah jalan kami dengan Al-Quran..dan pandulah kami ke syurgaMu Ya Allah dengan Al-Quran..Amin..

Sunday, August 22, 2010

Hikmah di sebalik Ramadhan




Merasai bersama apa yang dirasai oleh yang kurang berkemampuan...kita kadang gembira dengan apa yang kita makan,apa yang kita diami,apa yang kita pakai..apa sahaja yang kita rasai..dalam kita tidak sedar ada yang tidak merasai apa yang kita rasai..MasyaAllah...Renung kan dan fikir kan..Adakah yang kita miliki hak mutlak kita?tidak..ianya pinjaman sementara dari Allah..yang perlu dikongsi oleh mereka yang memerlukan..Perkongsian bersama dalam renungan kali ini gambar2 yang diambil dari program kembara kasih sempena Ramadhan bersama Pej.Agama Islam Daerah K.Sel ke rumah2 anak2 yatim dan fakir miskin sekitar daerah K.Sel..sama2 ambil ikhtibar..senang tak selamanya senang..syukurilah sebaiknya setiap nikmat yang telah dianugerahkan Ilahi..Sebagaimana Firman Allah :Allah akan tambahkan setiap nikmat yg disyukuri..sebaliknya Allah mengazab org yg tidak mensyukuri setiap nikmat yang diberikan dengan azab yang teramat pedih..

Banyaknya Hadiah di sebalik Ramadhan


Allah sangat kasih pada Hambanya..diberikan ganjaran yang banyak disebalik bulan Ramadhan..sedar x sedar kita dah berada dipertengahan Ramadhan..Adakah benar2 kita telah merebut peluang ibadah dan ganjaran yang di berikan..dengan ibadah puasa,sedekah,tarawikh,tadarus Al-Quran dan byk lagi..Rugi andai tidak direbut peluang yang belum tentu hadir lagi.Andai ini yang terakhir rebutlah sebaiknya..setiap malam Ramadhan Masjid-masjid dan surau-surau diadakan solat sunat tarawikh..ttp yang sgt menyedihkan di akhir2 ini masjid dan surau-surau sudah mula nampak lengang..berbeza dengan tahun2 yang lalu..apakah gambaran yang berlaku sebenarnya..?adakah ini gambaran akhir zaman...?rasa nak beribadah makin berkurang?jika di lihat gerai2 makanan jauh lebuh ramai..MasyaAllah..remaja dan belia lebih minat kepada hiburan..menonton siaran langsung bola sepak..yang hanya melalaikan..berbanding siarang langsung dri Allah pada bulan Ramadhan ini..Ya Allah..Ya Tuhan Ku..Berilah Kepadaku untuk sentiasa mengingatimu Ya Allah..Berilah kekuatan kepadaku ya Allah utk mensyukuri nikmatmu Ya Allah..dan berilah kekuatan kepadaku utk memperelokkan ibadahku kepada mu Ya Allah..Jadikan Ramadhan ini yang terbaik Ya Allah...Amin..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431


Rebutlah peluang ini..hanya sekali..belum tentu datang lagi..Andai ini yang terakhir moga ini yang terbaik..Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini..

Tuesday, August 3, 2010

Kejadian Aneh tanda Kebesaran Allah..





Tanda akhir zaman dan tanda kebesaran Allah atas setiap apa yang diaturkan olehNya atas dunia ini.Fenomena aneh ini sering kali diperkatakan bahkan digambarkan oleh Allah s.w.t sejak akhir2 ini(mungkin sebagai tanda akhir zaman).Pada 21 Julai 2010 (Rabu)jam 9pagi berlaku kejadian aneh di rumah bapa mertua saya(Al-Fadhil Us.Misron Samsuri)sejadah dan telekong yang digunakan oleh ibu mertua saya setiap waktu dan setiap hari untuk solat dengan kuasa Allah membentuk seolah2 org yang sedang solat(duduk antara dua sujud)..apa hikmah disebaliknya..mungkin Allah nak gambarkan sejadah dan telekong yang disangka tidak bernyawa sebenarnya bernyawa di sisi Allah merasakan dirinya hambanya..turut mengabdikan dirinya pada Allah..jika nak bandingkan manusia yang digambarkan semulia2 makhluk (dengan akal)pun sebilangan besarnya tidak merasa dirinya hamba(tidak mengabdikan dirinya pada Allah)..renung2kn apa hikmah disebaliknya kejadian aneh ini.WaAllahu A'lam...

Friday, July 30, 2010

Pagi Jumaat bersama DYMM Sultan Selangor




Program bersama DYMM Sultan Selangor di Makam Diraja Bukit Malawati.Allah aturkan jadual hari ini bersamanya..membaca tahlil bersama pimpinan Dato'Mufti Selangor untuk Almarhum Sultan-sultan Selangor terdahulu dan ahli keluarganya..Moga Allah merahmatinya..Di pagi Jumaat yang barakah ini..Sinaran mentarinya yng terbaik berbanding hari-hari yang lain...

Wednesday, July 28, 2010

Teman..Sahabat

Allah aturkan berada dalam kursus Induksi bertemu dengan teman2 yang juga sahabat.Bersama selama 10 hari memberi nilai erti persahabatan.Moga Ukhwah ini berpanjangan..sedar x sedar kursus induksi ini akan berakhir pada esok hari khamis 29 Julai 2010..selepas exam induksi esok..akan pulang ke destinasi masing2..Ntah bila akan bertemu kembali..Allah yang atur pertemuan dan perpisahan..Nabi s.a.w menggambarkan..sahabat yang baik ibarat bersahabt dengan penjual minyak wangi..dapat bau wanginya walau tidak beli minyaknya..sebaliknya sahabat yang jahat ibarat bersahabat dengan pembuat besi..baju kita berlobang2 terkena percikan api dari buatan besi tersebut...

Saturday, July 24, 2010

Allah uji (Dengan Kesakitan)


Allah aturkan diri ini..diuji dengan kesakitan..Allah beri rasa kurang sihat..MasyAllah..Moga..apa yang diaturkan sebagai tanda kasihNya pada HambaNya..Mungkin saat sihat kurang mengingatiNya..dalam sakit ini dapat merenung kekurangan diri..Kesihatan lah Nikmat yang paling berharga..Nabi s.aw bersabda beribadahlah@berbuat baiklah sihat sebelum sakit..Diri ini tiba2 merasai darah tinggi dan kencing manis..macam nak pitam..MasyaAllah..Mohon doa teman2..agar diri ini diberi kesihatan kembali...amin..Mungkin ini kifarah dari Allah untuk diri ini..

Thursday, July 22, 2010

Induksi Umum ILDAS


Salam..Sudah lama diri ini tidak update blog ini..terlalu sibuk dgn program dan kursus...Allah aturkan diri ini berada dalam Induksi Umum bersama teman2..bgi pengesahan jawatan..Moga Allah aturkan dengan sebaik2nya..permudahkan segala exam dan urusan dalam Induksi ini..Moga diri ini diberi kemampuan..Sebagaimana firmannya yg bermaksud " Allah membebani hambaNya dengan bebanan yang mampu dipikul..."Kita merancang Allah merancang ttp Allah lah sebaik2 perancangan.."

Tuesday, July 6, 2010

Sedarilah diri ini...


Setiap ujian dan sesuatu yg Allah hadirkan pada hambaNYa..sbgai tanda kasih dan untuk menilai nilai kehambaan setiap hambaNya..Nikmat yang Allah hadirkan sebagai tanda kasihnya pada hambaNya..bgtu jg sbagai ujian bg hambaNya..bagaimana menerima dan mengecapi setiap nikmat yg dianugerahkan..adakah bersyukur atau sebaliknya..Ya Allah beri lah petunjuk..hidayahMu..pada diri ini..jgn biarkan diri alpa,lalai dan lupa Ya Allah..sedarkan diri ini..jgn Engkau jadikan diri ini..x sedar siapa dirinya..Allahummahdini bihidayatil Quranil a'zim..waamitna bidinil islam...birahmatikaya arhamarrahimin..

Sunday, July 4, 2010

Allah atur segalanya...






Allah atur kehidupan dan kematian..Qadha'dan Qadar setiap makhluk Allah aturkan...Bukan bermakna..setiap insan tidak perlu mengatur yg terbaik untuk kehidupan di dunia&akhirat..bukan hanya pasrah segalanya atas ketentuannya..Allah aturkan kematian..dan kehidupan yang dihadirkan adalah untuk menguji hambaNya banyak mana kebaikkan yang dilakukan..saat kehidupan...Program bersama pelajar2 asnaf zakat di SMK Sg.Burong..Nur Tuhan (1)..Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan selama program 2hari 1 malam..2&3 JULAI 2010.Moga Allah beri natijah yang terbaik kepada para peserta dari program tersebut.Hidayah hnye dari Allah..

Friday, July 2, 2010

Keinsafan..

Bertaubatlah sebelum terlambat..sedarlah sebelum terlambat..Rakaman dri program keinsafan pelajar..Ya Allah berilah petunjuk hidayahMu kpd kami..Jangan biarkan kami lalai,alpa dan lupa Ya Allah..

MOTIVASI Bersama IbuBapa & Pelajar SRA Bt.38 Sabak Bernam






Moga ada natijah yang terbaik buat diri ini dan mereka yg mendengar..Alhamdulillah Allah permudah segala urusan...Motivasi IbuBapa&Pelajar SRA BT.38 Sabak Bernam..1 JUN 2010..

Salam Jumaat..




Salam Saiyidul ayyam..penghulu segala hari..matahari yg terpancar sinarnya di pg jumaat..adalah terbaik sinarannya...Alhamdulillah..diri ini masih di beri nikmat kehidupan oleh Allah s.w.t..Moga Allah sentiasa mengatur yg terbaik..InsyaAllah..Alhamdulillah pg ni Allah mengatur jadual diri ini menyampaikan Ceramah Motivasi bersama pelajar2 dan guru2 SAM TANJONG KARANG..Allah atur bicara diri ini..Moga Allah atur natijah yg terbaik untk diri ini dan mereka yg mendengar bicara insan yg kerdil ini..setiap nilai kehidupan adalah amat bernilai..Moga sentiasa ada manfaat walau sementara..

Wednesday, June 30, 2010

Kenangan Manis Aturan Allah






Moga segala yg dirasai di tanah suci (pahit manis) Allah nilai Ibadah disisinya..amin

Pengalaman Di Kota Mekah Bersama Abg CL..




Syukur Dengan Pertemuan yg Diatur Allah di Tanah Suci Mekah Yg lalu..Kenangan yg payah nak dilupakan..Moga Allah atur Ukhwah yg terjalin ini..berpanjangan di dunia dan di akhirat..Terima Kasih tak terhingga abg cl..Moga Allah akan atur pertemuan kita lagi InsyaAllah..

Cemerlang dengan menjadi Diri yg terbaik


Allah aturkan kita dilahirkan mulia dengan Islam..Perlu merasakan diri ini bertuah dilahirkan dalam Islam..Sebagaimana firman Allah: "Kamu adalah umat yang terbaik yang beriman kepada Allah."(Ali Imran 110)..Dalam firman Allah yg lain..Wahai Org2 yang beriman..bertaqwalah kepada Allah..dgn sebenar2 taqwa..Dan Janganlah mati melainkan dalam Islam..Ya Allah..Berilah rasa kekuatan diri ini dengan Islam..dan Hidayah Mu ya Allah..Jika di renung..org2 terdahulu..hebat..berjaya...dengan Islam..Islam adalah terbaik di dunia ini..Yg di perakui disisi Allah adalah Islam..Moga Allah sentiasa atur diri ini..dan sekelian umat Islam sentiasa berada Dlam Aturan Islam..Ya Allah Hidupkan kami dalam iman dan islam,Matikan jg Ya Allah dlm Iman dan islam..dan Masukkan kami Ya Allah dlm SyurgaMu dgn Iman dan Islam..Siapa lah diri ini tanpa aturan Mu Ya Allah (Dlm Iman dan Islam)

Tuesday, June 29, 2010

Cemerlang dengan Iman dan Takwa


Tiada kejayaan yg lebih bernilai dengan iman dan Takwa...Ya Allah aturlah diri ini sentiasa dalam iman dan takwa...Tetapkanlah diri ini dalam Islam..Peliharalah Iman ini..Allah s.w.t berfirman: Barangsiapa yg bertakwa kepada Allah,Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yg tidak disangka-sangka kepadanya."(At-Talaq2-3)..Allah jamin kecemerlangan bg hambaNya dgn iman dan takwa..Moga kita semua berada dalam iman dan takwa...

Monday, June 28, 2010

Nilai Kehidupan


Alhamdulillah segala puji bagi Allah..yg menghidupkan kita..setelah tadi mematikan kita..dan kepadanya kita kembali..Moga lafaz ini sentiasa meniti dibibir..sebaik shj merasai nikmat khidupan kembali..Moga dlm celik dan pejam lafaz syukur ini dimulai..InsyaAllah..Alhamdulillah..subuh td diri ini diberi kekuatan memulakan tugas sebagai hambaNya..di atur perjalanan hari ini ke Masjid Sultan Ibrahim..mengimami solat subuh td..Alhamdulillah..Moga Allah sentiasa atur yang terbaik ila akhir hayat..Moga Allah himpunkan diri ini bersama hambaNya..yang hatiNya terpaut dgn Masjid..sentiasa cinta nak hadir ke Masjid..Berilah kekuatan untuk diri ini dan sekelian ummat Islam mengingatiMu Ya Allah..Mensyukuri NikmatMu Ya Allah..dan Memperelokkan Ibadah kepadaMu Ya Allah..Jadikan hari2 yang dilalui...bertambah iman dan taqwa kami..dkatnya dengan Mu Ya Allah..Nabi s.a.w pernah menggambarkan..kehidupan dan kematian adalah aturan Allah..Bila kita berada di waktu pg..jgn harap boleh sampai ke ptg..bila berada di waktu ptg..jgn harap bleh smpai ke malam..dan bila sampai ke malam jgn harap sampai ke esok pg..Bermakna tiada siapa yg boleh jamin akan hidup lg..setiap saat..setiap detik..kehidupan dan kematian adalah aturan Allah..Jadi Nabi s.a.w mengingatkan kita..hargailah setiap nilai kehidupan dengan nilai ibadah..Moga setiap nilai nafas khidupan yg dirasai ibadah...jgn bertangguh dlm ibadah dan taubat..kerna tkut tiada kesempatan utk ibadah dan taubat..Sedarilah..Perjalanan kehidupan..bukan jauh..ketentuan datang..mungkin esok...lusa..Wa Allahu A'lam..