Thursday, September 9, 2010

Nilai Diri di Syawal(Salam Aidilfitri 1431H)


Syoknya merasai Aidilfitri bila Ramadhan dihayati dan dirasai dengan sebaiknya..Nilai Aidilfitri yang dirasai seolah-olah Hadiah dari Allah untuk HambaNya yang dapat mengharungi tarbiah atau ujian Ramadhan dengan sebaiknya.Jadikanlah Tarbiah Ramadhan ini sebagai natijah yang terbaik untuk membentuk sakhsiah dan peribadi di luar Ramadhan dengan baik.Dalam Ramadhan Hawa Nafsu dapat dipandu,Moga di luar Ramadhan Nafsu lebih dapat dipandu.Andai Nafsu makin meliar sia-sia segala tarbiah dan amalan di bulan Ramadhan.
Sabda Nabi SAW :”Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan dalam rangka mencari pahala di sisi Allah SWT,maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu.”
Apa yang lebih penting kita akan menjadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk menjadi insan yang lebih beramal soleh kepada tuhanNya (Allah SWT)
Jadikan Syawal ini benar-benar hari meraikan apa yang digambarkan di sebalik Ramadhan,Hari Kejayaan dan Hari Kemenangan. Hiasilah dengan sebaik-baik amalan berdasarkan amalan Rasullallah SAW dan para sahabatnya.
“Nabi SAW apabila pergi untuk solat Hari Raya,maka baginda menyalahi jalan (pergi dan balik mengikut jalan yang berbeza)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Rasullallah SAW bersabda:”Nabi memerintahkan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.”
Rasullallah SAW bersabda:”Sesiapa yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan dan enam hari selepas hari raya,ia telah menyempurnakan puasa sepanjang tahun.Ini kerana sesiapa yang mengerjakan kebaikan,ia kan mendapat ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda.”
(Hadis Riwayat An-Nasai)

No comments:

Post a Comment