Imanlah segalanye bg kita...& segala kemuliaan bg kita...maafkan saya doakan saya...
Saturday, September 25, 2010
Nilai Kehidupan
Alhamdulillah...Allah masih beri nikmat kehidupan pada diri ini..Moga ada nilai yang terbaik dari nilai kehidupan ini..setiap degupan jantung yang berdegup..nadi yang berdenyut ada nilai dan nikmat yang perlu dihargai dan disyukuri..ianya terlalu bernilai dan berharga..Ya Allah Berilah kekuatan pada diri ini utk mensyukuri segala nikmatmu Ya Allah..
Monday, September 13, 2010
Ukhwah aturan Allah
Alhamdulillah pada 3 Syawal jam 11.30pg Allah aturkan majlis pertunangan Adinda saya Zakiyah Bt Suarin dengan pilihan hatinya...Majlis ini berlangsung dengan baik biiznillah..Allah atur yang terbaik..dengan majlis ini..Allah atur pertemuan 2 Keluarga..Alhamdulillah..nampak kemesraan terjalin..Pertunangan yang terjalin moga2 membawa ke ikatan pernikahan InsyaAllah..Pertunangan yang terjalin adalah tempoh perkenalan sebelum pertalian pernikahan..dan bukan sebenarnya tiket mengesahkan perhubungan yang halal..masih berada dalam batasan perhubungan sehingga ke ikatan pernikahan..Moga Allah atur yang terbaik untuk adindaku..amin..
Thursday, September 9, 2010
Nilai Diri di Syawal(Salam Aidilfitri 1431H)
Syoknya merasai Aidilfitri bila Ramadhan dihayati dan dirasai dengan sebaiknya..Nilai Aidilfitri yang dirasai seolah-olah Hadiah dari Allah untuk HambaNya yang dapat mengharungi tarbiah atau ujian Ramadhan dengan sebaiknya.Jadikanlah Tarbiah Ramadhan ini sebagai natijah yang terbaik untuk membentuk sakhsiah dan peribadi di luar Ramadhan dengan baik.Dalam Ramadhan Hawa Nafsu dapat dipandu,Moga di luar Ramadhan Nafsu lebih dapat dipandu.Andai Nafsu makin meliar sia-sia segala tarbiah dan amalan di bulan Ramadhan.
Sabda Nabi SAW :”Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan dalam rangka mencari pahala di sisi Allah SWT,maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu.”
Apa yang lebih penting kita akan menjadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk menjadi insan yang lebih beramal soleh kepada tuhanNya (Allah SWT)
Jadikan Syawal ini benar-benar hari meraikan apa yang digambarkan di sebalik Ramadhan,Hari Kejayaan dan Hari Kemenangan. Hiasilah dengan sebaik-baik amalan berdasarkan amalan Rasullallah SAW dan para sahabatnya.
“Nabi SAW apabila pergi untuk solat Hari Raya,maka baginda menyalahi jalan (pergi dan balik mengikut jalan yang berbeza)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Rasullallah SAW bersabda:”Nabi memerintahkan kami pada pagi raya supaya memakai pakaian paling baik kami miliki dan berwangian dengan wangian paling baik yang kami miliki.”
Rasullallah SAW bersabda:”Sesiapa yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan dan enam hari selepas hari raya,ia telah menyempurnakan puasa sepanjang tahun.Ini kerana sesiapa yang mengerjakan kebaikan,ia kan mendapat ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda.”
(Hadis Riwayat An-Nasai)
Monday, September 6, 2010
Nilai Akhir Ramadhan
Salam Akhir Ramadhan..Marilah sama2 merebut nilai akhir dan sisa2 Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi dengan sebaik2nya..Jangan biarkan sisa2 yang tinggal berlalu dengan sia2..Kerana Natijah yang terbaik adalah di saat akhir itulah sebenarnya..Bagaimana kita memanfaatkannya..Andai ini Ramadhan yang terakhir..tinggalkanlah natijah yang sebaik2nya..Ia hanya sekali belum tentu datang lagi.."Ya Allah,Berilah kekuatan buat diri ini dan sekelian Ummat Islam untuk beribadah dan beramal soleh di sisa2 Ramadhan ini dengan sebaiknya Ya Allah..Jangan biarkan kami alpa dan leka..tanpa memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya"."Jadilah Hamba Allah..Jangan Jadi Hamba Ramadhan".Agar natijah dari Ramadhan berterusan walau di luar Ramadhan..Wa Allahu A'lam..
Friday, September 3, 2010
Ihya' Ramadhan (Malam Merdeka)
Malam merdeka yang lalu(bersamaan 20 Ramadhan malam 21 Ramadhan 1431H)..Allah aturkan diri ini bersama program Ihya' Ramadhan SMK Sek.24(2) Shah Alam di Kalumpang Traning Center di Kuala Kubu Bharu..Alhamdulillah..pengalaman baru dalam bulan Ramadhan di Kalumpang Resort..suasana aman,tenang dan damai..Solat Tarawikh dan Motivasi Ramadhan bersama sebahagian pelajar yang terpilih untuk program ini..Suasana yang aman dengan dingin cuaca malam..membawa sentuhan yang amat mendalam buat jiwa yang kadang alpa dan lalai..Alhamdulillah..Moga kesedaran berterusan InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)